Thursday, May 17, 2007

Selamat Hari Lahir-Bahari Zakaria

Alahai...tak de siapa yg wish Pak Ngahnya Hepi Birthday..maklumlah dia jauh dari sini, tapi takkan jauh dihati...tak leh lah nak harap kak Aja...kak office tak leh guna..takkan nak gi siberkopi pule..

BTW Hepi Birthday..Pak Ngahnya...keluarga MDCT tidak akan melupai pengorbanan Pak Ngah menjaga Arwah Mak Kibah selama beliau sakit iaitu 17 yahun dgn penuh kasih sayang dan kesabaran...

BERSERI-MEWANGI DALAM TRAJEDI

Dalam gembira, dalam duka,
sentiasa bersama, sentiasa berdua,
sentiasa berserah kepadaNYA

merempuh derita, menampung sengsara,
masih boleh berjenaka, masih gigih ketawa
tak pernah lupa padaNYA

mengidam sejahtera, mengintai bahagia,
menunggu yg tak pernah tiba
mengharap yg tak jatuh diriba

meniti hari dan mentari,
dengan berhati, dengan bererti
melalui malam dan bulan kelam,
dengam azam, dengan tenteram

terlukis wajah-wajah sepi
terbayang hari hari sunyi
menunggu hari trajedi
dengan penuh jatidiri

tiada kata kata kesal
tiada nada nada janggal
tiada noktah tinggal

tidak pernah bermerah hati
tidak bisa menuding jari

kesabaran, keikhlasan, kejujuran
pengorbanan demi pengorbanan
akan KAMI semadikan

Pak Ngah Bahari
sentiasa berseri-mewangi dalam tarjedi
sentiasa bertakhta disanubari MDCT

0 comments: