Sunday, January 07, 2007

Menunggu Generasi MDCT Yg Ke 10

assalamualaikum semua...

eventho nampak cam aiza yg post nih..
sebenarnya TIDAK SAMA SEKALI..
kerana ayahku yg kenkadangkala happy..kadangkala grumpy nak post something...
so deme eh baca la ehh apa yg my daddy AC Khalid (die suruh aiza letak name tuh) nak tulis ok..

+ + + + +


Mengikut yg empunya cerita maka ada seorang Besar di Tanjung Durian,Rao (orang sini kata Rawa),Sumatra (atas sikit pd Bt Tinggi & Minangkabau)namanya Dato Pertemuan. Seorang anaknya Dato Undang telah menyeberang Selat Melaka, panjat banjaran Titiwangsa dan landed in Budu,Benta,K.Lipis, Pahang. Agaknya nak cari emas ...(cuba bayangkan kalau beliau tak pergi Pahang cari emas tapi cari bijih aje di Kuala Sungai Gombak & Sungai Kelang..sekarang ni KL..tentu kita banyak tanah kat KL...mungkin keluarga Mat Din lebeh kaya dari Lim Goh Thong)..tapi lets get back to Budu. Di Budu, Dato Undang dapat seorang anak namanya Bibah (tak tahu nama ibunya dan Bibah ini mungkin ada lagi adik beradik yg malangnya tak ditemui rekodnya).
Disambung cerita nya Bibah kahwin Malin Kecik (tak tahu asalnya, dari namanya mungkin dari Sumatra juga..gerenti bukan sedara Malin Kundang..). Mereka dapat 5 orang anak iaitu SITI (bukan Tok) UPEK (nama ini banyak zaman dulu), MAT AMIN, KASIM, MINAH .Direngkaskan cerita si MAT AMIN berkahwin dgn PILU dari LIJIT & IBRAHIN Klan. Hasilnya 4 anak yg dilahirkan iaitu ARSHAD, YUSUF, RAMLI & RAEDAH. (Keturunan ini hampir semuanya di Pintu Padang..tak tahu bila mereka pindah dari Budu. YUSUF kahwin dgn DERMA dari ITAH klan. ITAH dan PILU dikatakan sepupu. Anak-anak ITAH pun semuanya settled di Pintu Padang. So lets forget Budu. Yusuf & Derma dapat sorang anak, tidak lain tidak bukan MAT DIN. Kemudian Yusuf bercerai dgn Derma dan kahwin dgn Rahmah (dapat Daud) dan kemudian kahwin Upik (bukan Upik anak Bibah/Malin Kecik..dan mereka dapat Ripin,Zakaria,Siah,Adam). Derma kahwin Derani dpt anak namanya SITIAWAN (the only adik of MAT DIN..beliau meninggal tanpa ada anak). Jadi kalau kita kira sampai sini sudah ada 6 Generasi, iaitu (1) Dato Pertemuan (2) Dato Undang (3) Bibah (4) Mat Amin (5) Yusuf (6) Mat Din. From here we should know anak MAT DIN yg tua sekali JAMILAH (generasi 7) kahwin TAJUDDIN. Dapat anak ANI (generasi 8) yg kahwin Subri. Anak Ani/Subri,iaitu SYAZRAH (generasi 9) kahwin MAHZAN. Bila mereka dapat anak nanti maka lahirlah Generasi ke 10 mengikut lineage MAT DIN. Kalau si HANIZ tu kahwin cepat (dengar yang empunya cerita dah banyak girlfriend) tentu proses ini akan lebeh cepat. Maka itulah adanya.

yang benar..
AC KHALID (Malin Diraja Pintu Padang)

4 comments:

Anonymous said...

impressive..cunnn..mana dapat info ni ah? curious gak aku.. sile terangkan plsss..

®uz@ΩΩ@ said...

salam...

wow! banyk nye!!! zana generasi ke berape??heheh...
ok...

*syooq* said...

Acik...bila acik cakap mentioned 'Orang Besar' tu, dier besar as in dtg from family aristocrat ke, or family2 bangsawan ke, orang kenamaan ke, ade pertalian darah raja ke or ade explaination lain....saje je cuki nak tau sbb biler dpt tau moyang dulu orang besar jadi mcm fascinated pulak :D...

♥ a i z a ♥ said...

yg pastinya kebanyak kita semuanya "besar besar " gede gede...