Thursday, March 29, 2007

Birthday Wishes to Alin

Hello sedara maras ku!!! Wassup yo! dah menjalankan tugas anda dgn mengundi AIZAT!! hehehe..

nways, just a reminder ye, Today is Alin's Birthday! Alin mana, ala Nor Azleen Shafinaz anak En Azman Tajuddin tuh.. hehehehehe.. Alin dah makin lawa skrg kan... ayoo besar nnt sure ramai la nak ngorat.. ni nak bg warning, sapa2 yg nak mendekati anak2 sedara ku, kena go thru mak ngah anne dia dulu!!! grrrrrrrrrr...

To Alin, Happy Birthday ye darling.. klo alin kat KL, leh mak ngah anne buat kan cupcakes.. nnt suruh papa dgn encik bawak alin turun kl.. belajar rajin2 ye! teringat masa alin kecik2 dulu, suka menjerit.. pastu klo mak ngah anne tido rumah alin, alin sure ajak main2 toy dia dulu.. hehehe.. sgt cute! missing those days la... akak dah tua dah ni..

ok lah.. Have a nice day my dearest bloodlinesssssssss!!! love u guys so darn much! and last but not least, AFUNDI AIZAT.. kasi gegar sket pliz..

Tata

Tuesday, March 27, 2007

Akulah Penyambung WARISAN...

AKUUUUU BUKANLAH SEORANG PERWIRAAAAAAAAA....;P

Assalamualaikum bloodlines...Semua orang dah sedia maklum lagu yg Aizat dpt utk konsert minggu ni mmg agak menarik dan mencabar...Mmg kita tak pernah tgk dier perform lagu ni b4 this...it's called 'Warisan' performed by the late Sudirman...And knowing Sudirman, yg well-known for his female range (suara key tinggi) lagu ni mmg memerlukan soul yg dalam dan focus yg tinggi...Kalau x silap lagu ni was released in the early 80s kan?...Mmg sah2 time tu Aizat tak lahir pon lagi...Anyhow I'm sure Aizat understands the requiremnets and demands of performing this song, i'm sure he'll do well, lagi pon ade masa seminggu nak hafal lirik and construct persembahan, i'm sure he'll be well groomed by this coming Sunday and kita2 ni bersedialah to be blown away with an unconventional performance by Aizat Insyaallah...Anyway, seperti biasa, lirik lagu Warisan disertakan sekali di bawah:-

WARISAN - SUDIRMAN
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan baratKu jejaki
AkuBukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
So guys, let's hope for the very best for our Aizat and teruskan AFUNDI AIZAT...KASI GEGAR!!!!

Monday, March 26, 2007

Perginya Ibuku 14 Tahun Dahulu...

Seumpama Rama-Rama, Terbang Bebas Di Udara Tanpa Ada Halangan, Aman Damai...

Assalammualaikum kepada semua bloodlines ku...Di dalam kita semua sibuk memberi dorongan dan sokongan kita yang tak berbelah bagi kepada Aizat sekarang ini, Cuki cuba mengambil kesempatan sedikit di blog ini untuk mengingatkan kita semua bahawa pada hari ini, 26 Mac 2007 sudah genap 14 tahun arwah De Zizah telah meninggalkan kita akibat penyakit barah...Secara jujurnya bagi Cuki sememangnya tarikh ini adelah tarikh yang amat suram dalam hidup Cuki kerana boleh dikatakan segala2 yang berlaku pada tarikh ini 14 tahun dahulu masih lagi terpahat kukuh dalam kotak ingatan Cuki dan semestinya kesuramannya masih lagi terasa sehingga saat ini...Perasaan itu juga masih lagi menebal dalam setiap sanubari adik-beradik Cuki yang lain seperti Along Jian, Alond Dean dan Kak Ema. Banyak yang telah jauh berubah semenjak berlalunya tarikh itu kerana sepanjang perjalan hidup kami tiada lagi diiringi dengan tawa ria, bimbingan dan yang penting sekali kasih sayang seorang insan iaitu ibu kandung kami. Kepada Ayah sajalah tempat kami bergantung segala-galanya...Di bawah ini adelah sedikit coretan ikhlas yg telah ditulis oleh Ema untuk dikongsi bersama dgn warga MDCT...

"Assalamualaikum kepada semua bapa-bapa serta ibu-ibu saudara tersayang dan tak lupa juga kepada semua sepupu-sepupu tercinta. Terlebih dahulu, pada pagi tanggal 26hb Mac 2007 yang hening ni, genaplah sudah 14 tahun mak Ema atau lebih mesra dikenali sebagai “De Zizah” telah meninggalkan kita semua buat selama-lamanya.

Masih segar lagi diingatan, ketika emak menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 6.35 petang bersamaan 2 Syawal 1414 Hijrah. Ketika semua umat Islam yang lain sedang bersuka ria menyambut Aidilfitri. Disini Ema nak menceritakan pengalaman Ema menjaga Mak sepanjang satu tahun sembilan bulan arwah menderita dengan penyakit Barah Payudaranya.

Ketika Mak mendapat tahu bahawa dia telah menghidap penyakit itu, doktor yang merawat mak telah menerangkan kepada Ema perihal tahap penyakit mak dan pada ketika itu jugalah seluruh dunia Ema terasa gelap gelita dan seperti diragut segala kebahagiaan yang ada. Adik-beradik yang lain tiada pada ketika itu. Along Jian berada di London, Along Dean di ITM, Perak dan Shukri belum pun berusia 11 tahun.

Mak dimasukkan ke hospital Tawakkal pada 1 Ramadhan 1414. Keadaan mak tidak langsung menunjukkan tanda-tanda akan pulih tapi mak sentiasa tersenyum. Menurut kata doktor, sel-sel barah mak telah merebak ke otak dan paru-parunya. Pertuturan mak juga tak berapa lancar dan jelas. Pada malam pertama mak masuk wad, Ema yang temankan mak. Ema tidur kat atas kerusi jer, dan pada pukul 5.00 pagi mak yang kejutkan Ema untuk makan sahur. Terketar-ketar suara dia panggil Ema. Sayunyer Ema rasa. Perasaan tu masih ada hinggalah ke saat ini.

Sebelah pagi, Ayah singgah kat hospital sebelum pergi pejabat. Mak ditukarkan ke wad lain. Kali nie mak dapat Single Room. Masa Ayah datang, mak senyum jer tengok muka ayah. Dan sebelum ayah keluar dari bilik, mak sempat pesan kat ayah “Bang, panggil anak-anak balik bang”. Sedihnya Ema dengar. Semenjak tu, mak boleh dikatakan hari-hari dan tiap-tiap waktu mak tanya Ema bila Along Jian nak balik. Bayangkanlah apa jawapan yang Ema kena bagi kat dia. Ema hanya berdoa, supaya izinkanlah mak menemui anak sulungnya sebelum terlambat. Ayah pulak langsung taknak balik rumah, dia lebih selesa berada disampaing isterinya di hospital dan tidur dilantai beralaskan tilam. Berkampung kami sekelurga dihospital.

Lebih kurang dalam seminggu selepas tu, Along Dean pun balik. ITM cuti. Ema dan Along Dean berdualah jaga mak, lap badan mak, suap mak. Duduk hospital pagi, petang, siang, malam. Keadaan mak masih tak banyak berubah. Mak tak boleh baring, dia hanya duduk sajer. Paru-paru mak sekarang dah berair. Tiap-tiap pagi nurse akan datang untuk keluarkan air dari paru-paru mak. Seksanya…. Ahli keluarga dan kawan-kawan mak dan ayah tak putus-putus menziarah mak. Alhamdullilah, doa Ema dimakbuli tuhan, Along Jian selamat sampai ditanah air. Sejak Along Jian balik selera makan mak pulih sikit. Nampak ceria muka dia. Lega Ema tengok.

Dipendekkan cerita, pada malam hari raya, ramai-ramai saudara-mara dating menziarah arwah sebelum berangkat pulang ke kampung untuk berhari-raya. Penuh hospital tu. Keadaan mak masa tu dah semakin lemah tapi senyuman arwah tak pernah luntur. Ema masih ingat sangat lagi Acik Alik dan Acik Atai sekeluarga datang kehospital untuk menziarah dan bila Acik Alik dan Acik Atai nak berangkat balik, mak memberikan isyarat pada Acik Atai, dia tak nak Acik Atai balik. Cuma Acik Alik dan anak-anak yang balik ke kampung. Pada malam hari raya tu, cuma Ema dan Acik Atai temankan mak dihospital. Emak memang selesa ngan Acik Atai, sebab Acik pandai mengendalikan dia. Dia tak rasa sakit. Mak dan Acik Atai memang serasi sangat. Mungkin sebab kedua-duanya jururawat agaknya. Tingkah laku, kemesraan dan sifat penyayang mereka adalah sama.

Hari Raya pun menjelang, Along Jian dan Along Dean pakai mak baju raya. Senyum jer dia. Dia minta maaf ngan semua orang. Begitu juga kami adik-beradik. Pada hari raya kedua, keadaan mak semakin serious, nafas mak agak kencang dan ayah banyak kali berpesan kepada kami adik-beradik supaya sentiasa berada disisi mak. Seluruh ruang bilik mak kedengaran bacaan Yassin dan Al-Quran. Pada Hari Raya Kedua ini, 26hb Mac 1993 pada pukul 6.35 petang, mak telah menghembuskan nafas terakhirnya. Ayah, Along Jian, Along Dean, Ema dan Shukri berada disisi arwah pada ketika itu. Bagai hancur seluruh kekuatan yang ada, Mak pergi buat selama-lamanya. Senyuman mak masih terukir pada wajah arwah seolah-olah hilang segala keperitan dan kesakitan yang dialaminya.

Dan hari ini, genaplah 14 tahun kami kehilangan seorang insane yang bernama MAK.
Sekian lan sahaja coretan Ema buat tatapan semua. Inilah kenangan yang akan terpahat di hati kami adik-beradik buat selama-lamanya.

HAJJAH AZIZAH BINTI HJ ABDUL HADI
16 OKTOBER 1941 ~ 26 MAC 1993
AL-FATIHAH

WASALLAM"

Sunday, March 25, 2007

KASI GEGAR 2!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, March 22, 2007

AIZAT BLEH BLOG DR AF.. YAY!!

wei, korang.. rupanya this year, pelajar AF ada blog sendiri.. gue nangis baca blog aizat.. rindu siut... anyways here is aizat's blog

12 Mac 2007
AIZAT masih lagi tak percaya bahawa AIZAT terpilih. Suasana ini merupakan pengalaman baru bagi AIZAT. AIZAT berpeluang untuk mengenali peserta-peserta seluruh Malaysia dan mengenali lagi konsep industri muzik tanahair. Sekarang, walaupun kepenatan, otak AIZAT berfikir dengan banyak. APakah yang harus dilakukan lepas AF? Minggu keberapa akan AIZAT tersingkir? Saat ini, AIZAT hanya mahu balik ke hotel, solat dan tidur....Hari pertama kami berlapan bangun pagi sembahyang subuh dan terus pergi ke Akademi. Dalam Akademi memang cantik. Masuk-masuk aje dah nampak kamera kat dinding. Kitorang lelaki semua breakfast dengan pelajar perempuan first time aku bersua dengan mereka. Nama dorang aku dah hafal. First class ialah class vocal dengan Kak Syafi and then kelas Adnan Singing Shop. Lepas tu kelas Bahasa Inggeris which went through quite well and last but not least my favourite class right now is the dancing class with Linda Jasmi. Malam tu ada hal buruk. Kawan aku Aswad terkena chicken pox. So semalam sedih sebab dia terpaksa duduk hospital selama seminggu. insyaAllah moga dia cepat sembuh.

13 Mac 2007
Pagi itu, AIZAT belajar tarian tema akademi fantasia bersama Cikgu Remy. Selepas itu, AIZAT menghadiri Kelas Vokal warm up bersama Chadd. Kemudian, AIZAT belajar teknik jelato dan saccato. Cikgu Adnan test AIZAT dan semua pelajar dgn lagu masing-masing. AIZAT perlu menari dalam part kosong Pangeran Cinta yang berjumlah 13 bar. AIZAT cuba untuk mencipta tarian sendiri dan hanya 30% yang lengkap. AIZAT telah menghadiri kelas Kak Linda Jasmin pada waktu malam/malam kot rasanya...) Dia meringankan lagi tarian tema AF kami.

14 Mac 2007
Nothing much semalam. I purposely slept a bit late last night but to get my head clear. I've practice my steps and tomorrow I will show my commitment by creating my own ideas for my own song. I'm quite please with myself. Eventhough CIkgu Linda had gave me some pointers, most of the steps are created by me. Emptiness is filling me because I haven't been trained to dance properly. While I was dancing Menuju Puncak it seems that the teacher is not watching me, telling my mistakes and even scold me. Maybe I am good or maybe I am going to get it later....REALLY BAD...Hari ni baru dapat approval from Cikgu Linda about my song. Alhamdulillah, step dia takde ah susah sangat. Esok presentation depan Abg Roslan. AIZAT nak buat paling gempak depan die tapi AIZAT risau sebab die expect AIZAT dance the whole solo rasanya. Apa2 hal pun esok AIZAT pasti akan perform. Kerna kita Sang Pangeran Cinta.

15 Mac 2007
Macam biasa every year mesti pelajar2 AF akan lengkap belajar Menuju Puncak. Fuh ! puas hati...kalau tidak dok mengulang je benda yang sama. Suara AIZAT nak dekat serak but still AIZAT dok fikir AIZAT tak serak. Bende ni sume dalam kepala otak je. Semalam Abg Roslan cakap AIZAT perlu smooth dalam steps AIZAT dan Cikgu Fatimah kate be in character once you are announced. AIZAT konfiden AIZAT boleh buat. Presentation AIZAT yg first AIZAT risau gak mana tau time concert betul kang AIZAT yang first. Huh ! Risau Risau but STILL, I CAN DO IT AND I AM A CHAMPION !!!

17 Mac 2007
Semalam, walaupun nervous AIZAT tetap membuat persembahan all out. AIZAT rase best gile sebab sume kawan2, family, sedara mara, pakcik, makcik, abang2 AIZAT iaitu Anas and Amar flew all the way from Aussie to see me perform. I felt so happy. All of them are there even my teacher and her husband beserta kids diorang. The Kelab kebudayaan Warisan wore their uniforms that night. My mom cheers for me. Semalam memang indah. AIZAT kene comment pasal takde ekspresi muka. Memang susah nak serious coz ramai orang sangat yang bising2 cheer AIZAT. Yang tak bestnya semalam adalah penyingkiran Diya. AIZAT rase kesian sangat kat Diya. Tapi AIZAT yakin dengan pakej yg diperolehi Diya, dia mampu berjaya. Setiap cabaran ada hikmahnya. Akhir kata, AIZAT enjoy sangat performance semua. Best !! Best !! Best !!KASI GEGAR !!!

anyway ni link for aizat's blog http://www.astro.com.my/akademi_fantasia/v5/pelajar/blog/blog.asp?student=88

Wednesday, March 21, 2007

SELAMAT HARI LAHIR - SYAKIR AIMAN ASWADI

dalam kita bz mengundi untuk aizat..
hampir terlupe nak wish..

HEPPI BIRTHDAY CUCUKU GENERASI KE-10- SYAKIR AIMAN ASWADI
PEJAM-CELIK-PEJAM-CELIK DAH SETAHUN UMURNYA TAPI SENYUMNYA
MASIH TAK HABIS-HABIS. TERUSKAN SENYUMANMU WAHAI
aiman ASWADI kinah MAT DIN yusof MAT AMIN bibah DATO UNDANG dato pertemuan MERAHMAS

Tuesday, March 20, 2007

Basket Case

A'kum bloodlines...okaylah, seperti yg Cuki rasa korang sume dah tau, minggu ni Aizat dpt lagu rock lagi, tapi lagu omputih pula...ni pon dier dpt sbb rupe2nyer format AF sekarang dah ade kelonggaran untuk memilih lagu mengikut sesuka hati...lagu2 ni ditampal kat cermin dancefloor diorang dan semuanya disuruh tgk dulu lagu2 tu kemudian terus ambik kalau student tu selesa dgn lagu tu...once dah ambik dah x boleh swap dgn other students dah...hmmm, kalau ikot Cuki lah kan, buat versi mcm ni semacam takde thrill lah nnt AF seperti biasa...tapi takpe, lagu ni mmg Aizat dh dgr and minat sice dier dok rumah 4J lagi, so i suppose he will nail it this time around...pengalaman first concert sure dah buat dier 'up sket!' :P...so seperi biase, teruskan Afundi dan laungkan cogankata keramat Aizat...KASI GEGAR!!!!...okaylah sume, have a joyous day ahead and AFUNDI AIZAT!!!

oooooooooo...this is just in!!!...haaaaa, nak tau penangan pasukan sorak keluarga Aizat, di bawah ni adelah buktinyer, sampai ramai bloggers took notice tau...SYABAS diucapkan!!!


"Ni dia antara ratusan penyokong Aizat masa Konsert Pertama kat dalam Dewan Sivik. Muka diorang ni pun cam Aizat le jugak… comel-comel semua. Cliche ya amat. Apa-apa pun, korang gegar ya… jangan tak gegar!" - www.budiey.com

btw, di bawah ni adelah lirik lagu Aizat untuk concert minggu ni...Enjoy!!! (liriknya boleh menyinggungkan perasaan sesetengah pihak...nnt ASTRO censored kan nnt tu Insyaallah...:P

Greenday - Basket Case

Do you have the time
To listen to me whine
About nothing and everything
All at once
I am one of those
Melodramatic fools
Neurotic to the bone
No doubt about it

Sometimes I give myself the creeps
Sometimes my mind plays tricks on me
It all keeps adding up
I think I'm cracking up
Am I just paranoid?
I'm just stoned

I went to a shrink
To analyze my dreams
She says it's lack of sex
That's bringing me down
I went to a whore
He said my life's a bore
So quit my whining cause
It's bringing her down

Grasping to control
So you better hold on

Sunday, March 18, 2007

KASI GEGAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Pada pandangan Cuki...


GEGARAN KIAN TERASA!!!...THANX TO THE FAMILY AND AIZONERS!!!...
Peeerrrrggghhh...ingatkan x full swing lagilah concert pertama AF ni mlm semalam, tapi rupe2 nyer FULL HOUSE jugak dibuatnya kat Dewan MBPJ tu...Alhamdulillah semangat menyokong di kalangan keluarga dan peminat AF sendiri masih begitu tebal lagi...Tapi that's beside the point, i wanna talk about Aizat nyer performance last night dgn lagu Pengiran Cinta nya...Jujurnya lah kan, performance wise, i must say that Aizat nyer performance ialah antara yg paling entertaining sekali, cubalah bayangkan, dahlah bawak lagu Dewa yang rancak, and he has to fill every single second of the performance by his own self...1 Man Show tau...bukan senang okay?...yang lain2 pon ade gak buat sorang2 tapi most of it adalah ballads, yg mmg effectivelah kalau sorang2...And not to mention the amount of pressure being the first student yang kene perform dulu sebagai pembuka pentas AF untuk musim ke-5 ni...And also, dier je student yg managed to have a good, clean start dgn lagu dier...Cuma pakaian masa dier perform mmg betul2 lari concept dgn lagu tu (tapi bukan salah dier pon)...Jadi, from my honest point of view, i must say Aizat did a tremendous job!!!...Walaupon ade sketlah mundar-mandir dlm performance dier, but he managed to fill it in really well with his originality and wittiness, x de nampak poyo pon, malah lagi nampak cute adelah (even the judges said so)...Alhamdulillah dgn berkat tungkus-lumus ahli keluarga semua dan Aizoners, Aizat berjaya menduduki tangga ke-3, TOP 5 okay???...Tapi jgn take advantage, this is just the first week and those 2 quarantined students will make thier own comeback sooner or later...So keep those votes coming in setakat termampu...AIZONERS pon kene lebih bersemangat lagi for the next concert, show some interest and enthusiasm...So anyway, terubat jugaklah rindu tgk dier semalam...dier lambai kat semua orang and it shows that we being there for him is exactly what he needs...so kalau nak ke konsert this week ape kate planning betol2 and beli awal2 so that dptlah kita conquere a few rows kita2 je kan???...baru 'GEGAR' for real...huuuuuhhhhh, puas nya hati ini terasa dpt melepaskan perasaan gembira dan bangga Cuki terhadap Aizat kt blog ni...Ade sesiapa lagi nk buat luahan sila2 kan lah yer?...til then, C YA!!!
p/s: Acik Alik, Cuki nyer banner adelah nampak kat TV, clear plak tu, especially during the ending credits, sampaikan org2 yg memegangnyer pon turut nampak juga muka mereka (AD, Ema, Abg Ajaq, Abg Boy)...;P

Untuk Tatapan KETEMU MDCT

Dah lama AC tak jengok laman ni...
Agaknya 2 / 3 bulan ni blog ini akan beri tumpuan pada KETEMU Aizat. BTW sebelum kita masuk bab aizat...ac nak komen sikit pasal nama-nama baru anak2 sdr/cucu2 sdr...nampaknya kebanyakkanya nama2 Jawa...MDCT bukan dari JAWA tapi dari Sumatra..dari RAO (RAWA). Tapi mungkin ada dari anak2sdr/cucu sdr yg ada juga darah lain dari KETEMU MDCT. Misalnya sebelah acik atai..kerinci...sebelah cuki...ada minang...ayu (mana ye)..dan lain2. Jadi kalo leh..cuba cerita asal usul yg satu lagi..bukan hanya dari KETEMU MDCT..

satu lagi..kalau orang kata kita keturunan indon, itu tak betul. Sebelum dtg british, belanda, portugis..tak ada indonesia atau malaya lagi..yg ada ialah nusantara..atau gugusan pulau2 dan tanah melayu. Sebelum nya ada kerajaan Majapahit, melaka and so on (ac tak buat history masa sekolah)Dlm era Sri Wijaya pula ianya sampai ke Kemboja..sebab tu ada orang melayu kat sana...so dont let anybody kata yang kitanya juga pendatang dari seberang..pd masa itu nusantara adalah kepunyaan mereka dari keturunan Melayu. Jadi kalau datang dari jawa or Rao macamlah kita sekarang ini pindah dari langkawi or sabah ke pahang..vice versa. Hanya sekarang baru ada nama2 spt Indonesia, Malaysia,Brunei and so on. Jadi pada ac pendatang kurun2 yg lepas tidak menyeberang daerah politik..hanya beredar di alam geograpiknya sahaja.

Balik kat KETEMU AIZAT.. nampaknya KETEMU Amir perlu brainstorm new strategy. DAFI very strong..so is ASWAD dan HELIZA. So hanya ada 2 tempat lagi untuk top 5.

Prestasi aizat yesterday hanya OK...tapi kalau ikut simon..tak de wow faktor..nasib baik yg lain pun teruk2 belaka. AC harap minggu depan Aizat dapat lagu yang boleh showcase dia punya suara, vocal range dan versatility. Lagu2 mcm semalam tak tunjuk betul2 kemerduan suaranya. Kalau beliau dapat lagu slow dari misalnya Peter Pan yg menguji vocal rangenya..dan beliau faham betul2 mesej lagu tu..I think dia akan jadi macam Bob nanti ..at least. Lets pray he get the song yg boleh mempamirkan bakatnya. So itu kita serah pada nasib. Bagi kita undilah seberapa yg boleh.

Amir (kempen director) ingat it is worth almost RM 300,000 to be the champion. So get acik Dan to plan something that can overcome the look and financial strength of Dafi..and the Aura of Aswad & Heliza. I think dia orang punya vocal not as good as Aizat. Aizat got to outdo others on vocal & stage performance . Apa yg dia buat dlm akademi is ok, tak de yg buat orang meluat..keep it up. Why not step up the campaign on @15..tapi jgn kutuk sape2..just play on aizat voice and age.

Last sekali KETEMU2 sekalian AC stand for A..acik alid always..C...buatlah ape2 yg positif dari huruf C. Eh....KETEMU tu ape ? Hmmm......

Wednesday, March 14, 2007

Cast ur feedback!!!

Shortlisted names for Aizat's Fan Club

A'kum bloodlines sume...okay i'll make this quick and simple...di bawah ini ade senarai nama yang Cuki, Juai, Amir dan Alif dah came out with yg kitorang rase agak sesuai untuk dijadikan nama rasmi untuk Aizat nyer Fan Club...Nama2 nya adelah seperti berikut :-

- ANGKATAN AIZAT

- PASUKAN AIZAT

- AIZONE (Aizat Zone)

- AIZAXS (Aizat Access)

So korang sebutlah nama2 ni berulang2 ke ape ke untuk mendapatkan chemistry bagi menentukan nama yang paling sesuai untuk fan club Aizat ni, or in other words, this post is actually A POLL to find out what will the rest think of the most suitable name for the FC...So HAPPY POLLING semua, and jangan lupa pada Sang Pangeran Cinta kita...AFUNDI AIZAT!!!

Unveiling!!!...

The Birth Of Aizat's VERY FIRST BANNER!!!


Haaa...mempersembahkan...our very own AIZAT AF5's banner!!!...Simple je...berukuran 3ft x 7ft...berjaya disiapkan dalam masa 1 jam setengah sahaja (SILA KLIK GAMBAR UNTUK VERSION QUALITY YANG ELOK SKET, TQ)...Kalau x de aral melintang, inilah banner yang akan dibentangkan pada malam concert AF pertama sabtu ni di dewan sivik MPPJ, petaling jaya nanti (betulkan nama dewannyer?)...but not to worry...ade byk lagi designs yang akan dibuat once the programme progresses and Insyaallah selagi Aizat masih lagi di AF...Merchandise lain such as T-shirts and other handy materials will be designed and exclusively published here for our viewing pleasure...Kita the first in Malaysia dpt tgk mende ni tau...Do leave comments kalau larat ok?...til then, have a joyous day ahead and AFUNDI AIZAT!!!

Tuesday, March 13, 2007

SANG PANGERAN CINTAAAAAAAAAA!!!!

PANGERAN CINTA - DEWA 19

DETIK.. DETIK BERGANTI DENGAN DETIK
MENITPUN SILIH BERGANTI
HARI-HARI PUN TERUS BERGANTI
BULAN-BULAN JUGA TERUS BERGANTI
JAMAN-JAMAN PUN TERUS BERUBAH
HIDUP INI JUGA PASTI MATI

Chorus
SEMUA INI PASTI AKAN MUSNAH
TETAPI TIDAK CINTAKU PADAMU
KARENA AKU SANG PANGERAN CINTA

MALAM MALAM DIGANTI DENGAN PAGI
PAGIPUN JADI SIANG
TAHUN-TAHUNPUN BERGANTI ABAD
YANG MUDAPUN PASTI MENJADI TUA
MUSIM-MUSIM PUN TERUS BERGANTI
HIDUP INI JUGA PASTI MATI

TAK AKAN ADA YANG ABADI
TAK AKAN ADA YANG KEKAL

haaaaa...itulah dier lyric lagu yang akan dinyanyikan oleh AIZAT pada konsert AF yang pertama Sabtu ni...Apa kata korang semua hafalkan lagu ni, boleh kita NYANYI dan ENJOY ramai2 dengan performance AIZAT nanti!!!...So Bloodlines...THIS IS IT!!!...IT'S OFFICIALLY ON!!!...Jangan lupa tengok concert weekend ni and AFUNDI AIZAT!!!!

Friday, March 09, 2007

OUR VERY OWN RAWKSTAR!!! AFUNDI AIZAT

CONGRATULATIONS AIZAT!!! WE LOVE YOUUUUUU SOOOOOO MUCHOOOOOOOOOO!!!!!!

dengarkanlah kemerduan suara our darling AIZAT singing Bukan Diri ku.. menitis air mata ku ok!! he is soooooooooooo adorable..




so kezens mezens, anak sedaras... apa lagi AFUNDI AIZAT!!!!!

Aizat MASOK!!!...HE DID IT!!!...WHOOAAAAHHH!!!!

Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics

Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics
Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics




Assalamualaikum my bloodlines semua!!!...Korang semua Cuki sure dah tau yang rupa-rupanya after all those rumours, al-kisah AF atau AKADEMI FANTASIA still on lagi this year okay?...It's the 5th season dah...ape lagilah orang2 ASTRO has in mind for this year's batch ekk?...Tapi yang penting tahun ni bagi warga MDCT, AF telah mencetuskan fenomena yang memanglah drastic bagi family kita...Nak tau kenape?...Mungkin ade yang tau atau yang belum tau...But let's concluded all right here right now!!!!...Seorang ahli keluarga MDCT kita iaitu MUHAMMAD AIZAT BIN AMDAN a.k.a "aijat" or "abang" OFFICIALLY telah berjaya melayakkan diri sebagai peserta finalis dalam AKADEMI FANTASIA Musim ke-5 ni!!!!!!!!! ...Top 16 Tau!!!! (tahun ni dier amik 16 instead of 12)... NO PRELUDES THIS YEAR!!!...Alhamdulillah, tercapai juga hasrat semua keluarga kita yang selama ni mengidamkan yang at least one of the family members will make it BIG out there...And here we have it...Our very own Aizat...What a deserving soul he is...Selama ni kita semua memang dah nampak the speciality atau aura dia dalam family...Pandai menyanyi, pro main guitar, talented lyricist and composer, and lastly, he's bubbly, cheerful and adorable personality...Padan pulak dgn size dier comel dan besar tu...dier memang fresh and i think FINALLY AF did something right in choosing one of their students...Insyaallah kalau takde aral melintang, on the 12th or March bersamaan dengan hari isnin ni secara rasminya kene quarantinelah dier dalam Akademi seperti yang selama ni kita tgk dlm TV tu...Sedih pulak memikirkan yang kita nanti hanya tgk progress dia dalam TV je...Tapi takpe, I'm sure we all believe that he'll be his very best and since that this is what he loves to do, he'll definitely go far in this competition for sure...And not to mention the voting campaigns yang akan berlangsung nnt ni (Acik, Top Up RM10 seminggu plzzzzz...ehehehe ;P)...YA ALLAH gamatlah!!!...And sure pasni byk gathering akan diorganisekan sbb nak tgk AF ramai2 yer tak? Insyaallah...Anyway, Cuki rase panjang pulak kot post ni so i guess i better stop here...feel free to leave comments or shoutouts kalau rase nak meluahkan rasa excited ke, teruja ke dan segala-galanya yer?...Til then, have a joyous day ahead dan AFUNDI AIZAT!!!! (biasa2 kan lah dgn statement tu sekarang yer ;P)...

Thursday, March 08, 2007

AIZAT SI BUNGGANG!!!!

Hye everybody~..ni 1st attempt hehehe..Actually just nak wish Aizat all the best AFUNDI AIZAT~!~!~!..I wish I could be there (bley pau ayah duit top up)haha so i leave that to alif ar..tak sangke pulak dalam banyak2 yang hensem2, adik aku gak dapat..I remember the day he went to the audition, cuki came to pick him, and he was not prepared at all (sian cuki kene buat sume) no picture, no copy of identification..ngok betul!

Then when he came back around 10pm..die cite la ape jadi n die lepas d 3 stages..sampailah ke part kejutan..paling best la coz i was with him and I WAS ON CAMERA TOO!! weeheee nampak tak??..quick question,mesti orang expect mase kejutan tu abg hensem kurus sebelah budak gemuk tu yg dapat??an?? an?? hehe..kitorang kat aussie cam excited gile nih! + he aizat masuk final..CONFIRM KITORANG BALIK hehehehe..

K ar nak mandi now..so for korang sume..if ade yang takde credit,mintaklah cik dan yang pemurah tu Rm30..kalau alif tactic die gune 10 lagi 20 joli haha..to amir and juai,sebarkanlah ajaran mengundi dekat kawan2 korang k..AND TO MY CUZZIES, UNDI RAMAI..photo ni saje je incase korang dah lupe anas hahahahaha takde kene mengena pun..

UNTUK UNDI TYPE AFUNDI<>AIZAT dan hantarkan ke 32999..
i expect aizat will finally get to meet his idol ahmad dhani in af nanti..GOOD LUCK!!

-ANAS (ABANG AIZAT A.F)

Monday, March 05, 2007

Another B'Day Wish!!!

Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics

Semoga Mohamad Azizudin Azman dikurniakan kemurahan rezeki dan dipanjangkan umur okay?...Stay Smart and Be Good, We LOVE YOU!!!