Monday, March 26, 2007

Perginya Ibuku 14 Tahun Dahulu...

Seumpama Rama-Rama, Terbang Bebas Di Udara Tanpa Ada Halangan, Aman Damai...

Assalammualaikum kepada semua bloodlines ku...Di dalam kita semua sibuk memberi dorongan dan sokongan kita yang tak berbelah bagi kepada Aizat sekarang ini, Cuki cuba mengambil kesempatan sedikit di blog ini untuk mengingatkan kita semua bahawa pada hari ini, 26 Mac 2007 sudah genap 14 tahun arwah De Zizah telah meninggalkan kita akibat penyakit barah...Secara jujurnya bagi Cuki sememangnya tarikh ini adelah tarikh yang amat suram dalam hidup Cuki kerana boleh dikatakan segala2 yang berlaku pada tarikh ini 14 tahun dahulu masih lagi terpahat kukuh dalam kotak ingatan Cuki dan semestinya kesuramannya masih lagi terasa sehingga saat ini...Perasaan itu juga masih lagi menebal dalam setiap sanubari adik-beradik Cuki yang lain seperti Along Jian, Alond Dean dan Kak Ema. Banyak yang telah jauh berubah semenjak berlalunya tarikh itu kerana sepanjang perjalan hidup kami tiada lagi diiringi dengan tawa ria, bimbingan dan yang penting sekali kasih sayang seorang insan iaitu ibu kandung kami. Kepada Ayah sajalah tempat kami bergantung segala-galanya...Di bawah ini adelah sedikit coretan ikhlas yg telah ditulis oleh Ema untuk dikongsi bersama dgn warga MDCT...

"Assalamualaikum kepada semua bapa-bapa serta ibu-ibu saudara tersayang dan tak lupa juga kepada semua sepupu-sepupu tercinta. Terlebih dahulu, pada pagi tanggal 26hb Mac 2007 yang hening ni, genaplah sudah 14 tahun mak Ema atau lebih mesra dikenali sebagai “De Zizah” telah meninggalkan kita semua buat selama-lamanya.

Masih segar lagi diingatan, ketika emak menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 6.35 petang bersamaan 2 Syawal 1414 Hijrah. Ketika semua umat Islam yang lain sedang bersuka ria menyambut Aidilfitri. Disini Ema nak menceritakan pengalaman Ema menjaga Mak sepanjang satu tahun sembilan bulan arwah menderita dengan penyakit Barah Payudaranya.

Ketika Mak mendapat tahu bahawa dia telah menghidap penyakit itu, doktor yang merawat mak telah menerangkan kepada Ema perihal tahap penyakit mak dan pada ketika itu jugalah seluruh dunia Ema terasa gelap gelita dan seperti diragut segala kebahagiaan yang ada. Adik-beradik yang lain tiada pada ketika itu. Along Jian berada di London, Along Dean di ITM, Perak dan Shukri belum pun berusia 11 tahun.

Mak dimasukkan ke hospital Tawakkal pada 1 Ramadhan 1414. Keadaan mak tidak langsung menunjukkan tanda-tanda akan pulih tapi mak sentiasa tersenyum. Menurut kata doktor, sel-sel barah mak telah merebak ke otak dan paru-parunya. Pertuturan mak juga tak berapa lancar dan jelas. Pada malam pertama mak masuk wad, Ema yang temankan mak. Ema tidur kat atas kerusi jer, dan pada pukul 5.00 pagi mak yang kejutkan Ema untuk makan sahur. Terketar-ketar suara dia panggil Ema. Sayunyer Ema rasa. Perasaan tu masih ada hinggalah ke saat ini.

Sebelah pagi, Ayah singgah kat hospital sebelum pergi pejabat. Mak ditukarkan ke wad lain. Kali nie mak dapat Single Room. Masa Ayah datang, mak senyum jer tengok muka ayah. Dan sebelum ayah keluar dari bilik, mak sempat pesan kat ayah “Bang, panggil anak-anak balik bang”. Sedihnya Ema dengar. Semenjak tu, mak boleh dikatakan hari-hari dan tiap-tiap waktu mak tanya Ema bila Along Jian nak balik. Bayangkanlah apa jawapan yang Ema kena bagi kat dia. Ema hanya berdoa, supaya izinkanlah mak menemui anak sulungnya sebelum terlambat. Ayah pulak langsung taknak balik rumah, dia lebih selesa berada disampaing isterinya di hospital dan tidur dilantai beralaskan tilam. Berkampung kami sekelurga dihospital.

Lebih kurang dalam seminggu selepas tu, Along Dean pun balik. ITM cuti. Ema dan Along Dean berdualah jaga mak, lap badan mak, suap mak. Duduk hospital pagi, petang, siang, malam. Keadaan mak masih tak banyak berubah. Mak tak boleh baring, dia hanya duduk sajer. Paru-paru mak sekarang dah berair. Tiap-tiap pagi nurse akan datang untuk keluarkan air dari paru-paru mak. Seksanya…. Ahli keluarga dan kawan-kawan mak dan ayah tak putus-putus menziarah mak. Alhamdullilah, doa Ema dimakbuli tuhan, Along Jian selamat sampai ditanah air. Sejak Along Jian balik selera makan mak pulih sikit. Nampak ceria muka dia. Lega Ema tengok.

Dipendekkan cerita, pada malam hari raya, ramai-ramai saudara-mara dating menziarah arwah sebelum berangkat pulang ke kampung untuk berhari-raya. Penuh hospital tu. Keadaan mak masa tu dah semakin lemah tapi senyuman arwah tak pernah luntur. Ema masih ingat sangat lagi Acik Alik dan Acik Atai sekeluarga datang kehospital untuk menziarah dan bila Acik Alik dan Acik Atai nak berangkat balik, mak memberikan isyarat pada Acik Atai, dia tak nak Acik Atai balik. Cuma Acik Alik dan anak-anak yang balik ke kampung. Pada malam hari raya tu, cuma Ema dan Acik Atai temankan mak dihospital. Emak memang selesa ngan Acik Atai, sebab Acik pandai mengendalikan dia. Dia tak rasa sakit. Mak dan Acik Atai memang serasi sangat. Mungkin sebab kedua-duanya jururawat agaknya. Tingkah laku, kemesraan dan sifat penyayang mereka adalah sama.

Hari Raya pun menjelang, Along Jian dan Along Dean pakai mak baju raya. Senyum jer dia. Dia minta maaf ngan semua orang. Begitu juga kami adik-beradik. Pada hari raya kedua, keadaan mak semakin serious, nafas mak agak kencang dan ayah banyak kali berpesan kepada kami adik-beradik supaya sentiasa berada disisi mak. Seluruh ruang bilik mak kedengaran bacaan Yassin dan Al-Quran. Pada Hari Raya Kedua ini, 26hb Mac 1993 pada pukul 6.35 petang, mak telah menghembuskan nafas terakhirnya. Ayah, Along Jian, Along Dean, Ema dan Shukri berada disisi arwah pada ketika itu. Bagai hancur seluruh kekuatan yang ada, Mak pergi buat selama-lamanya. Senyuman mak masih terukir pada wajah arwah seolah-olah hilang segala keperitan dan kesakitan yang dialaminya.

Dan hari ini, genaplah 14 tahun kami kehilangan seorang insane yang bernama MAK.
Sekian lan sahaja coretan Ema buat tatapan semua. Inilah kenangan yang akan terpahat di hati kami adik-beradik buat selama-lamanya.

HAJJAH AZIZAH BINTI HJ ABDUL HADI
16 OKTOBER 1941 ~ 26 MAC 1993
AL-FATIHAH

WASALLAM"

11 comments:

l o u r e n z a r said...

~Al-fatihah~

Anne ingat lagi, dulu time cuti sekolah, mesti anne lepak kt rumah 4F.. siap tido dgn De Nadzam & De Zizah lagi.. masa tu cuki tak lahir!!!

Arwah mmg manjakan Anne.. She was a great Auntie, very loving, selalu tersenyum dan sgt la peramah.. i miss her tremendously.. Anne masih ingat lagi, nasihat terakhir dia beri pada Anne, dia suruh Anne amik kan dia air, then masa Anne bg dia minum, dia bisik kat telinga Anne suruh Anne belajar rajin2 and jadi org yg berguna..

Ternyata, Allah S.W.T lebih menyayangi De Zizah.. but atleast now, kita tahu Arwah dah berada dalam jagaan-Nya, yang sememangnya tak dapat kita tandingi..

Semoga Roh Arwah De Zizah dicucuri Rahmat dr-Nya.. AMIN

Anonymous said...

Thanks kezen. Arwah De Zizah will always be in our hearts & beautiful memories.

Luv u cuzzy.

along ayu said...

Jian,Dean,Ema and Cuki,

Even though I never had the wonderful opportunity of knowing your mother,I believe she`s a remarkable and great person.

I believed that all of her are in each and one of you and I`m fortunate enough to have known all of you.

The first time kita jumpa, you were all so sweet and so nice to me as if we have known each other for years.These are the values that she has definitely install in all of you and if she`s still here today ,she will also readily accepts me as one of her own.

~Al fatihah~

Anonymous said...

Hai Along,
Thanks for the sweet comments.
It has made my tears fall.
With her demise, it has make the four us strong and adding u to the sibling's list has made us even more stronger.
Love u Along.

Ema.

Anonymous said...

Salam Mak Ngah Ema..

Nani pun x sempat utk kenal Tok De Zizah dgn lebih rapat,Tok De Zizah was so blessed to have all of u as her Children...but now she's not here with us...the only way for us to show our love to her is by praying for her...never stop praying...die sentiasa menunggu hadiah dari anak2 which doa kite semua...

Anonymous said...

Al-fatihah utk arwah De Zizah.. sesungguhnyer kenangan bersama arwah masih segar di dalam ingatan..semoga rohnyer di tempatkan dlm org2 yg beriman..AMIN

Anonymous said...

Assalamualikum.... Hai Nanie & Angah.
Appreciate ur comments. Sama-samalah kita doakan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
Al-Fatihah. Amin.

MakngaMema

AC Alid said...

Al-Fatihah
Bila acik baca tulisan you all Acik nangis, so is acik atai. We were very close to her. In fact I think AC sendiri the closest. When I was a student in the University, I used to stay at Jln Hamzah, Kg Baru with your father and her. Jian was still very small then. Kak Zizah then always treat me more like a son rather than a brother in law. She always joke that even though I'm in the University - I always look like a school boy to her. Another thing about Kak Zizah that you all should know is that she was very very close with MDCT family - thats why on her last day almost the entire MDCT family from The Doorfield came to visit her. She never failed to visit Allahyarham Wan Upik or Acik Saaodah we shes in Raub. And when you visit her, you shall never leave until you have eaten.
To Kak Zizah, I will always love you and will miss you

*syooq* said...

Thank You So Much Acik Alik...(HUGS)...

W o N d E r B o Y said...

Walaupun amir kecik masa tue tapi i still remeber her till now.Dulu pak de selalu wat kenduri and i always look foward to go coz of 2 things me cousing( time tue lepak ngan cuki ngan boy) and masakan de zizah(ayam goreng fav aku).

*syooq* said...

thanx amir...u have no idea the amount of love she had with all 6 of you, diermmg happy sgt seeing us hanging out together dulu2...i bet it will be wayyyyyy sweeter if she's here today watching all of us grew up...(HUGS)...Al-Fatihah...