Saturday, November 24, 2007

Special Birthday Lines for Pn. Raihana Wanchik a.k.a Kak Ana/Cik Ana

Kita hayati luahan ikhlas De Ela/Cik La khas buat kakaknya sempena hari lahirnya untuk tahun ni...

"SELAMAT HARI LAHIR KAKAK KU

Ibu telah lama meninggalkan kita,
Buat selama-lamanya,
Achi sebagai kakak dan ibu saya,
Tempat mengadu,
Menumpang kasih selain suami,
Hidup ini sempurna,
Dengan adanya suami dan achi,

Kita seperti rapatnya isi dan kuku,
Membincangkan segala sudut kehidupan,
Sifat-sifat ini YA ALLAH perkenankanlah,
Hidup subur di hati, jiwa dan sanubari,
Achi dan aku,
YA ALLAH kekalkanlah sifat kemesraan,
Dalam jasad sealiran darah ini,
Sampai ke akhir hayat kami,

Sempena hari lahir ini,
Aku doakan achi sihat walafiat,
Aman damai dalam satu keluarga,
Yang dilimpahi rahmat dan nikmat,
Oleh Subahanahuwataala.

Ikhlas dari ~ Ela dan Keluarga"

Buat niece yang tersayang, HAPPY BIRTHDAY NANI...from Cik La and Family!

0 comments: